Assalamualaikum....
Pada setiap hari Jumaat, ahli Kelab Basikal dan Rekreasi Sg. Tiang akan mengadakan acara kayuhan mingguan, in shaa Allah. Pada minggu ini, kayuhan ini disertai seramai 20 orang ahli.
Seperti biasa, sebelum kayuhan dimulakan, semua ahli akan melalukan aktiviti senaman ringkas untuk memanaskan badan.
Kayuhan kali ini adalah sejauh lebih kurang 30km. Kayuhan ini melalui Kg. Titi Akar, Kg. Padang Durian, Kampung Cina, Kg. Pulau Tengah, Kg. Sungai Korok, Kg. Bendang Bukit, Kg. Bukit Patung, Kg. Paya Rawa, Kg. Padang Nyiur, Kg. Durian, Kg. Kubang Badak, Kg. Lubuk Getah, Kg. Padang Kabu dan seterusnya kembali ke Sungai Tiang.
Seperti biasa juga, jamuan makan menanti ahli kayuhan apabila sampai di Sungai Tiang. Terima kasih untuk sup arnab minggu ini. Sedap :p