Sunday, 8 September 2013

Kayuhan Jumaat 6 September 2013

Assalamualaikum....

Pada setiap hari Jumaat, ahli Kelab Basikal dan Rekreasi Sg. Tiang akan mengadakan acara kayuhan mingguan, in shaa Allah. Pada minggu ini, kayuhan ini disertai seramai 20 orang ahli. 

Seperti biasa, sebelum kayuhan dimulakan, semua ahli akan melalukan aktiviti senaman ringkas untuk memanaskan badan.




Kayuhan kali ini adalah sejauh lebih kurang 30km. Kayuhan ini melalui Kg. Titi Akar, Kg. Padang Durian, Kampung Cina, Kg. Pulau Tengah, Kg. Sungai Korok, Kg. Bendang Bukit, Kg. Bukit Patung, Kg. Paya Rawa, Kg. Padang Nyiur, Kg. Durian, Kg. Kubang Badak, Kg. Lubuk Getah, Kg. Padang Kabu dan seterusnya kembali ke Sungai Tiang.




















Seperti biasa juga, jamuan makan menanti ahli kayuhan apabila sampai di Sungai Tiang. Terima kasih untuk sup arnab minggu ini. Sedap :p




Tuesday, 3 September 2013

Kayuhan Hari Kemerdekaan 2013

Assalamualaikum...

Kayuhan sempena Hari Kemerdekaan ini diadakan bersama dengan rakan-rakan Belia Sungai Tiang. Kayuhan ini bermula dari pejabat UMNO Sungai Tiang dan disertai seramai 25 ahli kelab dan lebih kurang 15 orang daripada Belia.

Kayuhan ini melalui Kg. Titi Akar, Padang Durian, Kampung Cina, Kg. Pulau Tengah, Kg. Sungai Korok, Kg. Pokok Asam, Kg. Belat, Kg. Bendang Bukit, KEDA Paya Lipai dan seterusnya kembali ke Felda Sungai Tiang. Kayuhan adalah sejauh lebih kurang 26km.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan acara kayuhan ini.

Sunday, 1 September 2013

Update

Assalamualaikum.

Lama tak update. Bukannya kelab tiada aktiviti, cuma masa untuk update blog ni tiada. In shaa Allah selepas ini admin akan cari masa untuk update blog ni. 

Masih dalam bulan Syawal jadi...